Monday, August 31, 2009

FOREX TRADING

Forex Trading adalah suatu perniagaan yang amat besar dan lebih besar dari perniagaan yang lain seperti perniagaan saham, perniagaan barangan dan perkhidmataan. Pertukaran wang berlaku setiap saat dan dianggarkan pertukaran wang adalah sebanyak lebih dari USD 3 trilion dalam sehari.

PERUBAHAN NILAI MATA WANG

Oleh kerana pertukaran wang berlaku pada setiap saat maka nilai mata wang juga berubah pada setiap saat . Untuk memudahkan nilai mata wang dikira pada nilai tertinggi dan nilai terendah pada sesuatu hari.

DIMANAKAH PASARAN MATAWANG?

Pertukaran mata wang banyak berlaku dibank-bank dan tiada tempat khas yang dinamakan Pasaran Wang dan tiada ibu pejabat yang menguruskan pertukaran wang. Oleh kerana tiada Pasaran Wang yang khas maka banyak syarikat-syarikat menawarkan perniagaan mata wang kepada orang ramai melalui internet.

BAGAIMANA MATAWANG DINIAGAKAN?

Mata wang diniagakan melalui pertukaran antara dua mata wang yang disebut "pair" atau pasangan. Contohnya GBP/JPY iaitu Great Britain Paund/Japan Yen. Kalau kita jual Paund maananya kita beli Yen dan bagitu juga kalau kita jual Yen maananya kita beli Paund. Maananya kita boleh mendapat keuntungan jika mata wang itu naik atau pun turun nilainya mengikut pilihan dan jangkaan kita. Kalau kita jangka mata wang akan naik kita beli dan kalau kita jangka ia jatuh kita jual.

BAGAIMANA MEMULAKAN PERNIAGAAN FOREX?

1.Mencari seorang guru forex yang berkelayakan dan terbukti.
2.Sebuah komputer dan sambungan internet.
3.Mendapatkan syarikat forex didalam internet.
4.Mendaftarkan sebagai pengguna Akaun Demo dan berlatih dengan akaun demo selama sebulan.
5.Mendaftarkan dengan akaun sebenar dan depositkan wang .
6.Berhati-hati dan bersabar dalam perniagaan forex.
7.Jangan tamak dan nak cepat untung.
8.Biar lambat asalkan selamat.
9.Jangan biarkan duit yang banyak didalam akaun forex tetapi hendaklah withrawal keakaun bank.
10.Berbelanjalah dengan duit keuntungan forex.

PANDUAN PERNIAGAAN FOREX

Ada 2 jenis analisa ia itu:-

1.Analisa teknikal.
2.Analisa fundemental.

ANALISA TEKNIKAL

1. Gunakan geraf hourly untuk mengambil untung diantara 100 hingga 200 pip

2.Pastikan dengan sebenar-benar kepastian trend sedang menaik atau menurun. Trend boleh ditentukan dengan mata kasar, dengan membina trend line, moving average, geraf parabola dan lain-lain geraf untuk menentukan support dan resistent.

3.Jangan masukkan post diawal atau diakhir trend, tetapi masukkan post pada peringkat tengah sedikit, dan ambillah untung yang jangan terlalu banyak . Berapa banyak untung yang hendak diambil boleh disukat dengan geraf fibonaci. Masukkan satu post sahaja dan jangan tambah kerana tamakkan untung. Masukkan juga target untung dan rugi, dan kemudian pergi tidur supaya pergerakan harga tidak mengganggu fikiran kita.

Sunday, August 30, 2009

NET WORKING IRC

Net working adalah perniagaan dalam bentuk multi level marketing dan dalam bentuk unilevel dan sistem binary. Satu contoh yang baik ialah IRC- Island Red Cafe. IRC bermula dengan sistem franchise untuk pengusaha-pengusaha restoren dan kemudian ditambah dengan sistem networking dalam mencari pelangan.

Ahli baru mesti ditaja oleh orang yang telah menjadi ahli. Modal permulaan adalah mengikut kemampuan masing-masing. Peringkat yang paling rendah satu bintang, dengan modal sebanyak rm360

Saturday, January 12, 2008

PERNIAGAAN INTERNET

Ramai orang awam tertarik kepada perniagaan internat kerana ia dipromosikan sebagai perniagaan yang mudah dan menguntungkan. Perniagaan ini boleh dilakukan dirumah, maananya tak perlu lagi pergi ketempat kerja dan ia boleh menjana pulangan yang lumayan dan berlipat ganda. Mula-mula orang tertarik kepada perniagaan MLM yang dilakukan secara on-line dalam internat kerana bonus boleh dikira serta merta dan boleh pula dipindah keakaun bank. Kemudian datang pula HYIP, sejenis sekim pelaburan yang amat menguntungkan tetapi ia memberi untung kepada segelintir orang sahaja manakala yang lainnya dalam kerugian tetapi terpaksa berdiam diri kerana malu dan hiba. Walaupun sekim pelaburan yang merugikan dan memalukan itu sudah tiada tetapi masih lagi sekali sekala muncul sekim baru yang berbentuk sekim piramid yang pelaburannya kecil dan keuntungannya bergantung seratus peratus atas kemasukan ahli baru.

Wednesday, December 12, 2007

FOREX TRADING Platform

http://www.marketiva.com/



http://www.avafx.com/



http://www.e-gold.com/



http://www.r2gold.com/

SALAM SEJAHTERA

Salam sejahtera

SELAMAT DATANG

Selamat sejahtera

Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca halaman ini dan sanggup pula memberi ulasan dan komen anda mengenai isu-isu yang dibangkitkan.