Saturday, January 12, 2008

PERNIAGAAN INTERNET

Ramai orang awam tertarik kepada perniagaan internat kerana ia dipromosikan sebagai perniagaan yang mudah dan menguntungkan. Perniagaan ini boleh dilakukan dirumah, maananya tak perlu lagi pergi ketempat kerja dan ia boleh menjana pulangan yang lumayan dan berlipat ganda. Mula-mula orang tertarik kepada perniagaan MLM yang dilakukan secara on-line dalam internat kerana bonus boleh dikira serta merta dan boleh pula dipindah keakaun bank. Kemudian datang pula HYIP, sejenis sekim pelaburan yang amat menguntungkan tetapi ia memberi untung kepada segelintir orang sahaja manakala yang lainnya dalam kerugian tetapi terpaksa berdiam diri kerana malu dan hiba. Walaupun sekim pelaburan yang merugikan dan memalukan itu sudah tiada tetapi masih lagi sekali sekala muncul sekim baru yang berbentuk sekim piramid yang pelaburannya kecil dan keuntungannya bergantung seratus peratus atas kemasukan ahli baru.

2 comments:

hatimatik said...

Saya ingin memberi pendapat bahawa kita boleh melakukan berbagai-bagai perkara dan melakukan berbagai-bagai perniagaan dalam internat Sebagai contohnya perniagaan barang-barang e-product seperti e-book, audio dan video, album lagu, video clip dan filem, gambar, wall paper, ringtone, dan lain-lain lagi. Bagitu juga barang-barang yang bukan e-product seperti pakain, barangan elektrik, ubatan traditional, kereta, tanah, rumah dan lain-lain barangan kecil dan besar serta murah dan mahal. Cumanya kita perlu menyediakan procedure bayaran dan penghantaran barangan yang cekap, mudah dan murah.

dR Backbone said...

boboy, your suggestion is good...